Sunday 25 November 2012

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4 (ringkas)

Tajuk :  Gamat dan Rumpai Laut
Kemahiran Berbahasa

Membaca :
6.5  Aras 1 (i) Menyatakan fakta yang releven dengan perkara yang dikehendaki 
       dalam teks.
5.2  Aras 3 (ii) Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.

Aktiviti :

  1. Murid membaca surat yang ditulis oleh Zulfakar kepada kawannya, Rahman secara senyap.
  2. Murid membaca surat dengan kuat secara bergilir-gilir. Guru memberikan komen terhadap pembacaan murid.
  3. Murid dan guru berbincang tentang maklumat yang terdapat dalam surat tersebut.
  4. Murid menjawab soalan pemahaman yang dikemukakan berdasarkan surat tersebut dan mencatat jawapan dalam buku tulis.
  5. Murid diminta membuat peta minda tentang gamat.
  6. Murid menyalin ayat yang diberikan dengan memasukkan tanda baca yang betul.
  7. Guru merumuskan isi pelajaran dan nilai murni.


Cadangan  Aktiviti Tambahan
Murid menulis sepucuk surat kepada seorang rakan mereka untuk menceritakan pengalaman menarik yang pernah dialaminya.



Muzicons.com

No comments: